Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 21, 2010

Syawal & Walimatul Urus

Syawal 1431H menjadi sejarah penting buat dua jurulatih En.Mohd Badri Ubaidillah (3rd Dan) dan Puan Junainah Salimah Abdullah (3rd Dan) yang diijabkabulkan sebagai suami-isteri.

Sambutan Syawal kali ini dilihat istimewa bagi rakan-rakan mempelai, di samping menyambut Hari Raya, kenduri kahwin mempelai ini memudahkan kami bersua muka sesama kami yang hadir di samping meraikan Aidilfitri. Sederhana tetapi indah lagi bermakna.






“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”. [HR Al-Bukhari]


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

 “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]



Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.
 

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:
أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

  SELAMAT PENGANTIN BARU
 "Mat  Yie & Ju"


Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP