Related Posts with Thumbnails

Monday, February 16, 2015

Kemaman Dojang 2015

Terus ke.....


Read more...

Wednesday, June 6, 2012

KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 & PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN 2012
Pada : 24 - 27 Mei 2012
Tempat : Presint 3, Putrajaya

Syabas pasukan PTNT yang menyepi dari kejohanan MGTF selama 2 tahun. Kali ini PTNT bergantung pada team veteran yang majoritinya giat berlatih di Kemaman Do-Jang.  Team TRG-V buat masa ini terdiri daripada Hj.Abdul Hafiz, Hj.Saiful, Faiz, Badri, Shaharbuden, Che Wan Zul, Nasree dan Nasirewan.  Hanya Hj.Saiful, Faiz, Badri, Nasree dan Che Wan sahaja yang berentap dalam kejohanan ini.  

Muka-muka baru juga dibawa masuk untuk menimba pengalaman dan mengisi kekosongan tempat.  Inisiatif TRG-V ini akan menjadi pemangkin penubuhan kembali Team Terengganu untuk kejohanan-kejohanan mendatang.  Beberapa program akan diadakan bagi pemilihan atlet bagi tujuan kejohanan yang besar seperti ini.  TRG-V membuktikan usia dan karier tidak dapat menghalang kejayaan memenangi pingat asalkan latihan yang sesuai dijalankan secara berterusan.  Hasrat PTNT pada masa mendatang adalah melahirkan kembali ahli-ahli taekwon-do yang mampu menguasai acara free sparring dan pattern.  Di samping penubuhan TRG-V lelaki, pasukan TRG-V wanita juga akan diusahakan walaupun usaha ini dilihat sukar.  TRG-V adalah inisiatif Master Najmi dalam membuktikan bahawa anak didik beliau masih berkeupayaan dalam latihan dan juga pertandingan.  Bentuk latihan khusus bagi memastikan keupayaan ahli-ahli Veteran tidak terlalu luntur juga dititik beratkan.

Kontinjen Terengganu (dewasa) kali ini mencapai 1 Emas melalui Nasree Najmi dalam acara Lightweight Free Sparring, 2 Perak melalui Pattern Individu 4th Dan (Hj.Saiful) dan 3rd Dan (Nasree) dan 3 Gangsa daripada Puteri (Lightweight), Che Wan Zulkurnain (Middleweight) dan TRG-V Team Free Sparring.  Manakala acara kanak-kanak pula meraih 1 Emas menerusi Nur Najihah (Free sparring Bwh 9) dan 3 Gangsa menerusi Syamimie (Pattern dan Free sparring Bwh 9), Mustaqim (Free Sparring Bwh 18) dan Nazreen (Free Sparring Bwh 9).

PTNT mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai, peserta dan keluarga pengiring kontijen.  PTNT juga mengucapkan tahniah kepada Malaysian Global Taekwon-Do Federation kerana berjaya mendapat ruang dan pengiktirafan daripada Kementerian Belia Dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gambar & Video boleh dilayari di Galeri Picasa PTNT & Channel Youtube PTNT sebagaimana link pada menu.

Gambar & video; kredit kepada Puan Normaizaiah Awang (Chief De Mission), sir Shaharbuden (4th Dan) dan Puan Siti (2nd Dan)


Read more...

Monday, January 2, 2012

2012 New Year's Motivation

Open To All Ages 


Kuala Terengganu Do-Jang 2012 Sessions:
(Tingkat 2, No.14 Tmn. Sri Intan, Jln. Sultan Omar, Kuala Terengganu)
Every SUNDAYS & WEDNESDAYS : 8:00pm - 9:30pm

    Signboard :-
 * Taekwondo GTF/ITF/WTF
Kemaman Do-Jang 2012 Sessions:-
(Taman Chukai Utama, Kemaman, Terengganu)
Children & Adults [8:30 pm ~ 10:30 pm]

MONDAYS
TUESDAYS
WEDNESDAYS

TKD
Muaythai & Freestyle
TKD














Read more...

Thursday, July 7, 2011

Taekwon-Do dalam Tiang Seri Negara

Tuanku Mizan Lancar Buku 

"Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957"
 

SERI Paduka menerima buku  Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.
SERI Paduka menerima buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Isnin berkenan melancarkan buku "Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957" di Kelab Taman Tasik Perdana Diraja di sini.


Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Laxamana Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan kerabat-kerabat diraja. Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Panel Penasihat penerbitan buku itu Tengku Razaleigh Hamzah serta Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Buku itu, yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd Datin Azizah Mokhzani, memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka sebagai Ketua Negara.

Ia juga menceritakan keperibadian dan liku-liku hidup setiap raja atau sultan yang bersemayam di takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya yang dibacakan Saifuddin, berkata penerbitan buku itu dapat membuka mata dunia bahawa Malaysia memberi sumbangan yang unggul dan unik kepada corak dan amalan demokrasi sedunia di mana Yang di-Pertuan Agong dilantik mengikut pemilihan dan kaedah penggiliran dan bukan semata-mata kerana keturunan sahaja. "Justeru, sistem pentadbiran di negara ini adalah begitu demokratik sekali," katanya.

Najib berkata buku itu yang mengandungi pesona dan keperibadian Yang di-Pertuan Agong itu juga wajar menjadi koleksi setiap agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan korporat agar dapat diakses oleh warga kerja masing-masing, katanya.

"Dengan cara ini kita boleh meningkatkan darjah dan memperkasakan lagi institusi ini yang menjadi identiti negara di samping memperkasakan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Azizah berkata ilham untuk menerbitkan buku itu lahir ketika Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berangkat menziarahi allahyarham suaminya, Datuk Mokhzani Abdul Rahim, yang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Beliau berkata keprihatinan Yang di-Pertuan Agong memberi inspirasi kepadanya untuk menulis buku itu, selain beberapa kisah mengenai Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang dibaca turut menguatkan lagi azamnya.

"Peristiwa dan kisah itu membangkitkan apresiasi saya terhadap peranan Yang di-Pertuan Agong di mana peranan-peranan itu dipengaruhi oleh keperibadian dan latar belakang masing-masing.

"Terfikir saya, sekiranya tidak dibukukan kisah-kisah baginda ini, maka akan lenyaplah sebahagian warisan negara daripada pengetahuan generasi akan datang, malah negara akan kerugian harta intelek yang penting," katanya.

Buku setebal 352 muka surat itu, yang mengandungi 620 foto termasuk foto bersejarah, diterbitkan Arus Intelek Sdn Bhd dan dijual pada harga RM499. 


(sumber : Berita Harian Online & mStar Online)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Gambar-gambar koleksi peribadi Tuanku dan raja-raja termasuk "diperkenan" sebelum  dicetak.

Read more...

Tuesday, September 21, 2010

Syawal & Walimatul Urus

Syawal 1431H menjadi sejarah penting buat dua jurulatih En.Mohd Badri Ubaidillah (3rd Dan) dan Puan Junainah Salimah Abdullah (3rd Dan) yang diijabkabulkan sebagai suami-isteri.

Sambutan Syawal kali ini dilihat istimewa bagi rakan-rakan mempelai, di samping menyambut Hari Raya, kenduri kahwin mempelai ini memudahkan kami bersua muka sesama kami yang hadir di samping meraikan Aidilfitri. Sederhana tetapi indah lagi bermakna.






“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”. [HR Al-Bukhari]


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

 “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]



Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.
 

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:
أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

  SELAMAT PENGANTIN BARU
 "Mat  Yie & Ju"


Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Grand Master Trân Triêu Quân

President Tran Tieu Quan

ITF (yang berpengkalan di Amerika Syarikat) sedang berkabung atas kehilangan presidennya Grand Master Trân Triêu Quân.  GM Trân adalah salah seorang peneraju awal seni taekwon-do di bawah pengasas General Choi Hong Hi dan yang berbakti dalam perkembangan taekwon-do tradisional. 


GM Sabree bersebelahan mendiang GM Trân di Singapura pada 1988
(Sabree's Photopage)


www.tkd-itf.org

It is with great sadness that the ITF inform you all of the tragic death of our President Grand Master TrânTriêu Quân, 9th Degree Black Belt, following the recent earthquake in Haiti. We have just received information from the Trân family regarding the discovery of Grand Master Trân from the rubble of the Hotel Montana in Port-au-Prince, Haiti.

The Trân family will be available to receive condolences at the Centre funéraire du Plateau, 693 Nérée-Tremblay Avenue, Québec, G1N 4R8, on Friday, February 19, from 17h00 pm to 21h00, and on Saturday, February, 20, from 9h00 to 12h00 and from 13h30 to 15h00. On Saturday, a Buddhist religious service will be held at 12h00 and a closing ceremony will take place at 15h00. Another ceremony aiming to honour GM Trân Triêu Quân will be held on Sunday, March 21st, 2010.
Read more...




Read more...

Sunday, January 17, 2010

Kejohanan Seni Bela Diri MSP 2009

Program: Kejohanan Seni Bela Diri MSP 2009
Anjuran: Majlis Sukan Politeknik Malaysia 

Tarikh: 27-31 Disember 2009
Tempat: POLISAS, Kuantan 








Acara penutup tirai tahun 2009 ini disertai oleh Pasukan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu (PSMZA) telah berjaya membawa pulang 2 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.


PSMZA diketuai oleh jurulatih kanan PTNT En. Abdul Rahman Muhammad.  Persiapan kontinjen ini dibantu oleh dua wakil jurulatih PTNT iaitu En. Aizuddin Mah Hussin dan Cik Asiah.


PSMZA kini diterajui oleh salah seorang Ahli Majlis Talipinggang Hitam Senior PTNT iaitu En.Abdul Rahman Muhammad (2nd Degree), bertugas sebagai pensyarah di PSMZA dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana TESL.  





Rahman juga kini giat menjalani latihan peribadi di Pusat Latihan Taekwon-Do & Kickboxing Kemaman. 


Syabas kepada pemenang dan peserta.  




 

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

Kejohanan Jemputan N9


LAPORAN KEJOHANAN TAEKWON-DO  JEMPUTAN NEGERI SEMBILAN


19 & 20 Disember 2009
Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson,Negeri Sembilan
8.30 pagi – 6.00 petang


Kejohanan Taekwon-do Jemputan Negeri Sembilan ini telah melabuhkan tirainya pada 20 Disember 2009 yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad Adun Bagan Pinang Port Dickson.


Kejohanan ini disertai sebanyak 11 persatuan dari seluruh negeri termasuk Persatuan Tkd Negeri Terengganu di bawah Pusat Latihan Kemaman (KEMTA) yang  telah menampilkan 6 peserta iaitu :-


1) MOHD AIZUDDIN B MAH HUSIN
2) SYED IBRAHIM BIN TUAN SEMBOK
3) MOHD AIMAN B RIDZUAN
4) MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN SAHIBOL FADZILAH
5) ALIFF AZROI LIEW B AZLAN LIEW
6) AHMAD TAKHAIRI B MOHD HAMDAN


Pasukan ini telah berjaya membawa pulang 3 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa. Berikut nama pemenang-pemenang pingat:-


NAMA
ACARA
PINGAT
MOHD AIZUDDIN B MAH HUSIN
IND.FREE SPARRING BLACK BELT MICRO WEIGHT A-17
EMAS


IND. PATTERN BLACK BELT A-17
EMAS
ALIFF AZROI LIEW B AZLAN LIEW
IND. FREE SPARRING(KATEGORI B )  U-12
EMAS
SYED IBRAHIM BIN TUAN SEMBOK
IND. FREE SPARRING(KATEGORI C )  A-17
GANGSA
MOHD AIMAN B RIDZUAN
IND. FREE SPARRING(KATEGORI A )  A-17
PERAK


IND. PATTERN
GANGSA
AHMAD TAKHAIRI B MOHD HAMDAN
IND. FREE SPARRING(KATEGORI B)  A-17
PERAK
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN SAHIBOL FADZILAH
IND. FREE SPARRING(KATEGORI C )  A-17
PERAK
MOHD AIMAN B RIDZUAN
TEAM FREE SPARRING A-17
PERAK
SYED IBRAHIM BIN TUAN SEMBOK




AHMAD TAKHAIRI B MOHD HAMDAN




MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN SAHIBOL FADZILAH










Syabas  kepada semua peserta dan pemenang!! 




Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidifitri


Warga PTNT mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin




Read more...

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa : Ramadhan 1430H




Read more...

Monday, August 3, 2009

KEJOHANAN TKD TAHUNAN ANTARA SEKOLAH TERENGGANU 2009 KALI KE-27

31hb Julai 2009
Gerbang Persilatan, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu

8:30 pagi - 10:30 malam


"SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA DAN PEMENANG"
"TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA DAN PEGAWAI YANG MENJAYAKAN"






ANUGERAH PASUKAN TERBAIK


PASUKAN Bawah 12 Terbaik
IPD Marang

PASUKAN Bawah 17 Terbaik
IMTIAZ Dungun

PASUKAN TASKA Terbaik
IPD Marang

ANUGERAH PESERTA LELAKI TERBAIK

TASKA
DANIAL OZARIZAN (ANNUR KT)

BAWAH 12
1) M.KHAIRUL AMZAR (NIBONG)
2) MUHAMMAD SYAMIL IMRAN (TELEMONG)
3) MUHAMMAD FIRDAUS ROSMAN (SK KG BARU KERTEH)

BAWAH 17
1) M.NURHILMI (STEMZA)
2) A.HARIS ASHRAF (IMTIAZ DUNGUN)

TERBUKA
AHMAD ZULFADLI (STEMZA)

ANUGERAH PESERTA PEREMPUAN TERBAIK

TASKA
NUR MISHA NABILA (IPD MARANG)

BAWAH 12
SYARAFINA ALIFAH (SRI AL-AMIN DUNGUN)

BAWAH 17
NASUHAILA (KT CENTRE KIDS)

TERBUKA
NASUHAILA (KT CENTRE KIDS)

"BERDISIPLIN MELALUI TAEKWON-DO"

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2009

Terengganu : 4 Emas (+1 Teknik Khas) - 2 Perak - 7 Gangsa

Nasree Najmi muncul pemenang emas terbanyak kejohanan dengan kutipan peribadi 3 Emas dan 2 Gangsa. Dua lagi emas kontinjen disumbang oleh peserta veteran Hj.Saiful Ashari dalam acara Pattern 4th Degree dan Nor Raidah dalam acara Middleweight Free Sparring.




Kedah dicabar hebat Terengganu
Oleh TAUFEK RAZAK
sukan@utusan.com.my

SHAH ALAM - Kedah yang sedang memburu kejuaraan keenam berturut-turut dicabar hebat Terengganu pada hari pertama berlangsungnya Kejohanan Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) di sini, semalam.

Sehingga lewat petang semalam, Kedah berjaya memungut lima pingat emas manakala Terengganu empat, kesemuanya menerusi acara seni pelbagai kategori.

Pengurus Terengganu, Najmi Abdullah berkata, pihaknya berharap dapat menyekat penguasaan Kedah buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.

"Memang Terengganu tidak kuat dalam acara seni ini tetapi dengan berjaya merapati Kedah, kami mempunyai peluang untuk menyekat mereka.

"Ini kerana kekuatan dalam acara tempur adalah seimbang. Jadi hari terakhir esok (hari ini) akan menjadi penentu," katanya.

Bagi pengurus Kedah, N. Nandakumar, beliau memang mengakui tentangan sengit yang diberikan Terengganu kali ini tetapi percaya pasukannya masih di landasan untuk muncul juara buat kali keenam.

"Kami letak sasaran untuk meraih lapan emas tahun ini dan perlukan tiga lagi yang saya rasa cukup untuk muncul juara keseluruhan," katanya.

Hari terakhir saingan hari ini acara tempur akan berlangsung membabitkan pelbagai kategori.

Kejohanan Taekwondo MGTF Ke-10 dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.




Kedah ungguli taekwondo MGTF

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
sukan@utusan.com.my

SHAH ALAM - Hasrat Kedah untuk menjuarai lima tahun berturut-turut pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan tercapai apabila diumumkan johan keseluruhan pada Kejohanan Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) yang berakhir di sini, semalam.

Kedah membolot 10 emas, empat (perak) dan dua (gangsa) untuk melayakkan mereka membawa pulang piala pusingan Sultan Mizan Zainal Abidin bagi dua tahun berturut-turut.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Presiden MGTF, Amir Mohd. Noor.

Kejayaan itu juga menghampakan pasukan Terengganu yang mengekori rapat dengan empat pingat emas berbanding Kedah sudah mengumpul lima emas pada pertandingan kelmarin.

Namun, atlet-atlet tempur dari Pantai Timur itu gagal menambah bilangannya dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pengurus pasukan Kedah, N. Nandakumar berkata, kejuaraan itu bertambah manis kerana sasaran awal yang diletakkan hanya lapan emas dan mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

''Tetapi kita dapat 10 emas iaitu melebihi jangkaan dan ini satu bonus kepada atlet-atlet Kedah.

''Kemenangan ini memang menggembirakan kami kerana usaha dan latihan keras sejak Mac lalu membuahkan hasil," katanya ketika ditemui di lokasi pertandingan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Nandakumar menambah, strateginya sekarang ialah untuk melahirkan lebih ramai atlet taekwondo berkualiti bagi memastikan Kedah mengekalkan kejuaraan pada tahun depan sekali gus menyimpan terus piala pusingan tersebut untuk kali kedua.





















Read more...

Thursday, June 11, 2009

MASUM 2009 Champion


Juara Kategori Welterweight, Nasirewan Najmi mewakili UITM bergambar bersama pemenang. Di sebelah kanan beliau adalah pemenang gangsa En.Jaysuman mewakili UTM (pernah bernaung di bawah pasukan PTNT, kini bernaung di bawah ITF Johor).


Read more...

Thursday, June 4, 2009

Nasree's Ignition

Read more...

Tuesday, May 5, 2009

KEJOHANAN TAEKWON-DO PG GLOBAL


KEJOHANAN TAEKWON-DO PG GLOBAL DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI
25 April 2009

Kontinjen Terengganu kali ini menghantar dua bas yang diwakili oleh PSMZA Dungun dan IMTIAZ Dungun. Beberapa ahli muda dari Pusat Latihan Kemaman, SK Rantau Petronas, SR Islam Al-Amin Dungun dan UiTM Dungun juga turut serta dalam kontinjen ini.

Pegawai PTNT diwakili oleh Hj.Saiful Ashari (Pengadil), En.Abd. Rahman Muhammad (Pengurus), En. Aizuddin M Hussin (Pembantu Jurulatih) dan Pn.Normaizaiah Awang (pemerhati).

Pungutan pingat keseluruhan : 6 emas, 6 perak dan 14 gangsa .




Read more...

Wednesday, March 11, 2009

KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN KEBANGSAAN UiTM PULAU PINANG 2009

KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN KEBANGSAAN UiTM PULAU PINANG 2009
28 Feb - 1 Mac 2009

Ketua kontinjen & jurulatih Kelab Taekwon-DO PSMZA Dungun, En. Abd. Rahman Muhammad melaporkan:-

Pasukan Taekwondo PSMZA telah di membawa pulang sebanyak 12 pingat iaitu 2 pingat emas, 4 perak dan 6 gangsa. Pasukan Taekwondo PSMZA juga telah mendapat tempat ke 5 dari keseluruhan 11 pasukan yang bertanding. Di bawah ini disenaraikan nama-nama pelajar PSMZA yang membawa pulang pingat.

1. Emas
a. Hamizah binti Zainal Abidin
Pattern individu perempuan kategori senior colour belt
Sparring individu prempuan kelas A colour belt


2. Perak

a. Hamizah binti Mat Zakaria
Pattern individu perempuan kategori senior colour belt
b. Suzilawati binti Abdullah
Sparring individu perempuan kelas B colour belt
c. Mohd Shahrul Ashraf bin Shakri
Pattern individu lelaki kategori senior colour belt
d. Pingat Perak Team sparring lelaki kategori colour belt
Mohd Shahrul Ashraf bin Shakri
Mohd Sharifuddin bin Mohd Ariff
Jivan Raj a/l Nalinasekar
Suresh Kumar a/l Subramian


3. Gangsa
a. Suzilawati binti Abdullah
Pattern individu perempuan kategori senior colour belt
b. Nurul Afiza binti Mat Zahir
Pingat Gangsa sparring individu perempuan kelas B colour belt
c. Mohd Shahrul Ashraf bin Shakri
Sparring individu lelaki kelas E colour belt
d. Che Nur Faziana binti Che Mat
Sparring individu perempuan kelas C colour belt
e. Suresh Kumar a/l Subramian
Sparring individu lelaki kelas D colour belt
f. Nor Hawa binti Ismail
Sparring individu perempuan kelas A colour belt

Klik Untuk Album @ Picasa :

SYABAS KELAB TAEKWON-DO PSMZA DUNGUN



Read more...

Saturday, January 10, 2009

Notice Board


Re: Official Portal

The official portal of Association i.e. http://www.taekwondo-terengganu.com is under re-construction at the time being and will be inaccessible for 7 - 12 days. We will also be having a new mirror-site at http://www.tkd-trg.com .

Taekwon!

-Webmaster-



Read more...

Thursday, January 1, 2009

New Year 2009

SELAMAT TAHUN BARU

HAPPY NEW YEAR

2009





Whilst we celebrate - keep in mind the war is still on...


FREE PALESTINE




(Picture from barbaragrover.com)


Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP