Related Posts with Thumbnails

Monday, February 16, 2015

Kemaman Dojang 2015

Terus ke.....


Read more...

Wednesday, June 6, 2012

KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 & PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN 2012
Pada : 24 - 27 Mei 2012
Tempat : Presint 3, Putrajaya

Syabas pasukan PTNT yang menyepi dari kejohanan MGTF selama 2 tahun. Kali ini PTNT bergantung pada team veteran yang majoritinya giat berlatih di Kemaman Do-Jang.  Team TRG-V buat masa ini terdiri daripada Hj.Abdul Hafiz, Hj.Saiful, Faiz, Badri, Shaharbuden, Che Wan Zul, Nasree dan Nasirewan.  Hanya Hj.Saiful, Faiz, Badri, Nasree dan Che Wan sahaja yang berentap dalam kejohanan ini.  

Muka-muka baru juga dibawa masuk untuk menimba pengalaman dan mengisi kekosongan tempat.  Inisiatif TRG-V ini akan menjadi pemangkin penubuhan kembali Team Terengganu untuk kejohanan-kejohanan mendatang.  Beberapa program akan diadakan bagi pemilihan atlet bagi tujuan kejohanan yang besar seperti ini.  TRG-V membuktikan usia dan karier tidak dapat menghalang kejayaan memenangi pingat asalkan latihan yang sesuai dijalankan secara berterusan.  Hasrat PTNT pada masa mendatang adalah melahirkan kembali ahli-ahli taekwon-do yang mampu menguasai acara free sparring dan pattern.  Di samping penubuhan TRG-V lelaki, pasukan TRG-V wanita juga akan diusahakan walaupun usaha ini dilihat sukar.  TRG-V adalah inisiatif Master Najmi dalam membuktikan bahawa anak didik beliau masih berkeupayaan dalam latihan dan juga pertandingan.  Bentuk latihan khusus bagi memastikan keupayaan ahli-ahli Veteran tidak terlalu luntur juga dititik beratkan.

Kontinjen Terengganu (dewasa) kali ini mencapai 1 Emas melalui Nasree Najmi dalam acara Lightweight Free Sparring, 2 Perak melalui Pattern Individu 4th Dan (Hj.Saiful) dan 3rd Dan (Nasree) dan 3 Gangsa daripada Puteri (Lightweight), Che Wan Zulkurnain (Middleweight) dan TRG-V Team Free Sparring.  Manakala acara kanak-kanak pula meraih 1 Emas menerusi Nur Najihah (Free sparring Bwh 9) dan 3 Gangsa menerusi Syamimie (Pattern dan Free sparring Bwh 9), Mustaqim (Free Sparring Bwh 18) dan Nazreen (Free Sparring Bwh 9).

PTNT mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai, peserta dan keluarga pengiring kontijen.  PTNT juga mengucapkan tahniah kepada Malaysian Global Taekwon-Do Federation kerana berjaya mendapat ruang dan pengiktirafan daripada Kementerian Belia Dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gambar & Video boleh dilayari di Galeri Picasa PTNT & Channel Youtube PTNT sebagaimana link pada menu.

Gambar & video; kredit kepada Puan Normaizaiah Awang (Chief De Mission), sir Shaharbuden (4th Dan) dan Puan Siti (2nd Dan)


Read more...

Monday, January 2, 2012

2012 New Year's Motivation

Open To All Ages 


Kuala Terengganu Do-Jang 2012 Sessions:
(Tingkat 2, No.14 Tmn. Sri Intan, Jln. Sultan Omar, Kuala Terengganu)
Every SUNDAYS & WEDNESDAYS : 8:00pm - 9:30pm

    Signboard :-
 * Taekwondo GTF/ITF/WTF
Kemaman Do-Jang 2012 Sessions:-
(Taman Chukai Utama, Kemaman, Terengganu)
Children & Adults [8:30 pm ~ 10:30 pm]

MONDAYS
TUESDAYS
WEDNESDAYS

TKD
Muaythai & Freestyle
TKD














Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP