Related Posts with Thumbnails

Monday, December 31, 2007

Taekwon-Do Tradisional & Taekwondo Sukan

SUATU PERBANDINGAN
Oleh: Tuan Hj. Saiful Nizam Ashari - Setiausaha Agung PTNT
Email: snaco77@gmail.com



ITF (dan juga GTF, di dalam artikel ini saya akan gunakan terma ITF kerana ketulenan dan populariti) dianggap sebagai satu badan yang memperjuangkan Taekwon-Do "tradisional" atau yang asal dan sebenar manakala WTF sering dirujuk sebagai Taekwondo "moden" yang berorientasi dan bermatlamatkan Olimpik.

ITF menggunakan gerakan pattern "Chonji" yang dicipta oleh Gen.Choi Hong Hi dan Mejar Nam Tae Hi. WTF pada asalnya menggunakan pattern "Palgwe" untuk tahap talipinggang berwarna. Kemudian WTF menggantikannya dengan "Taeguk" sebagai siri yang baru untuk setiap tahap talipinggang. ITF juga mempunyai pattern yang berlainan pada setiap tahap dan dipanggil "Tul" pada belakang setiap nama pattern.

Perbezaan ketara seni Taekwon-Do ITF berbanding seni lain seperti Karate adalah pergerakan 'sine-wave motion' - yang mana asas ini tidak ada dalam WTF. Setiap gerakan pula disertakan dengan teknik hembusan nafas (ada dalam sesetengah cabang Karate) - asas ini tidak dititik berat oleh WTF. Teknik hembusan nafas perlu dipelajari bagi mencapai matlamatnya iaitu untuk penjanaan kekuatan dalaman.

Di dalam Free-Sparring, ITF mengamalkan Separa-Sentuhan / Semi-Contact bertujuan meminimumkan risiko kecederaan semasa latihan dan pertandingan. ITF membenarkan penggunaan tangan untuk tumbukan ke arah muka. Latihan tendangan ITF mempunyai teknik yang pelbagai dan tidak semestinya menjurus untuk tujuan pertandingan sahaja.

WTF menumpukan latihan tendangan yang sesuai digunakan dalam pertandingan. Penjanaan tendangan pantas dan cepat. Prinsip 'sine-wave motion' dan teknik pernafasan tidak langsung ada dan penggunaan body-pad (dan pelbagai alatan perlindungan anggota badan) membolehkan peserta menjana teknik secara Full-Contact. Oleh sebab ini ahli Taekwon-Do tradisional mengklasifikasikan WTF sebagai pengamal Sukan Taekwondo dan bukan Seni Taekwon-Do.

Kedua-dua sistem ITF dan WTF masih mengekalkan larangan teknik humbanan dan serangan di bawah aras pinggang. Walaupun falsafahnya juga berlainan, persamaan masih juga wujud iaitu asal usul Taekwon-Do adalah dari Korea (bukan Korea Selatan atau Korea Utara), teknik-teknik penjanaan tendangan yang kuat dan berkuasa sama-sama wujud dan dinilai dengan pecahan papan.

Perbandingan secara ringkas boleh diurai seperti berikut:-

  • Taekwon-Do Tradisional bermatlamat melatih seseorang maju dalam diri dari segi jasmani dan rohani. Taekwondo Sukan berorientasikan kemenangan ke atas lawan.
  • Taekwon-Do Tradisional mencerminkan nilai Ketimuran manakala Taekwondo Sukan mencerminkan nilai Barat.
  • Taekwon-Do Tradisional menumpukan "proses dan jalan" untuk mencapai matlamat manakala Taekwondo Sukan berorientasikan "keputusan".

Perbezaan adalah anugerah yang seharusnya dikaji untuk tujuan perpaduan dan keharmonian bukan untuk pergaduhan. Sehebat mana sekali pun sesuatu organisasi memperjuangkan seni Taekwon-Do melalui platform sukan dan perlawanan, pemimpin Taekwon-Do tidak harus leka bahawa keinginan manusia sejagat adalah untuk kebaikan. Justeru langkah yang diambil oleh ITF dan WTF dalam meja perbincangan adalah tindakan yang betul dan dipuji. Saya yakin majoriti warga Taekwon-Do mengenepikan ideologi politik dan aliran berharap dua badan dunia ini dapat merintis jalan perpaduan.

PTNT yang mengamalkan Taekwon-Do Tradisional menekankan keupayaan menjana teknik bukan sahaja yang ada dalam latihan rutin Taekwon-Do yang biasa seperti latihan menendang dan menumbuk, tetapi teknik-teknik yang dianggap penting untuk dipelajari oleh individu bagi tujuan "Pertahanan Diri".

Keupayaan mengawal dan menjana teknik pula bergantung pada individu dan bukan pada badan pengelola. Lebih penting lagi bagaimana sesuatu ilmu diperturunkan perlu merujuk siapa "jurulatih" dan kemampuannya menunjuk ajar. Keunikan Taekwon-Do dan matlamat murninya dalam pendidikan musnah dengan wujudnya persaingan secara tidak sihat. Justeru matlamat pembangunan sahsiah insan seharusnya dijadikan titik utama dalam pembabitan seni mempertahankan diri Taekwon-Do, dan bukannya matlamat "menang pingat" atau "wakil negeri". Hanya ahli Taekwon-Do yang berkebolehan dan sememangnya bagus yang layak bergelar "wakil negeri" atau "wakil negara" tanpa mengira dari badan atau organisasi.

"Taekwon!"

Read more...

Monday, December 17, 2007

International Instructor Seminar 2007


Bersama peserta Greenland; Lauritz Heillman dan Angutinnguaq Tittussen




Seminar Kejurulatihan Taekwon-Do Antarabangsa 2007
di Melaka pada 14 - 16 Disember 2007 dikendali sendiri oleh Dr.Grandmaster Leong Wai Meng (9th Dan), Naib Presiden ITF . Latihan bertumpu pada fitness, sine-wave motion dalam pattern, tatacara grading, aplikasi 3-step / 1-step sparring, pengenalan 3-step sparring secara solo untuk white-belt dan teknik latihan free-sparring.

Rutin memanas badan dan stretching dilakukan agak kerap setiap kali rehat kerana dewan latihan yang digunakan cepat sejuk. Program ini pula diadakan semasa musim tengkujuh. Seminar ini menguji kesabaran dan ketahanan peserta tanpa mengira tahap Degree/Dan serta umur. Sememangnya untuk menyertai seminar ini seseorang perlu bersedia dengan stamina dan kesihatan yang baik.

Sistem grading dalam seminar ini akan dipertimbangkan untuk diaplikasi dalam setiap grading di bawah PTNT.


Read more...

Sunday, December 9, 2007

Retro GTF Terengganu

Where Students Go For Kicks!

Keratan akhbar New Straits Times bertarikh 14 November 2000 ini dipetik ketika sesi latihan di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. Gambar Nasree Najmi mempersembahkan teknik bersama Allahyarham Reno, pasangan demonstrasi sejak mereka berumur 8 tahun.

Read more...

Tuesday, December 4, 2007

Retro ITF Terengganu

Keratan Akhbar Metro Isnin 17 November 1997

Ketika ini PTNT dikenali sebagai Persekutuan Taekwon-Do Terengganu (ITF). Jurulatih-jurulatih di bawah naungan PTT-ITF ketika ini amat bersemangat memajukan kelas masing-masing dengan pembabitan pelbagai pertandingan dalam dan luar negeri ini.


















Gotong-royong 1995

Read more...

ITF Korea Utara ke USA

Jambatan Persahabatan
Sumber: The Gazzette
Penulis: Adam Belz

A near capacity crowd at the Paramount Theatre recoiled with Sun Hui Kim as she jumped back from a stack of bricks she had tried but failed to break with her right elbow.

It must have hurt. But just then, for the first time last night, one of the North Korean tae kwon do black belts on stage broke a half-smile. It was Kim.

She looked sideways at the crowd, held a finger in the air to say "just you wait," and returned to the stack of three bricks sitting on cinder blocks at the center of the stage.

Laughter went up in the crowd and scattered applause broke out to encourage the young woman with short, straight black hair.

Kim gathered herself and attacked the bricks again, putting all of her weight into it. This time the bricks fell in six neat pieces between the cinder blocks, and the crowd exploded into yelling and applause.

Everyone was relieved, and as she walked to the side of the stage, Kim waved, smiling all the way.








The North Korean National Tae Kwon Do Demonstration Team stopped in Cedar Rapids last night, at the Paramount Theater, 123 Third Ave. SE, drawing a crowd of around 1,600.

The tae kwon do team's five-city tour across America is largely the work of Cedar Rapids businessman and tae kwon do instructor Woo Jin Jung. He organized it in order to build friendship and good will between North Korea and the United States.

The demonstration is full of acrobatic technical displays like board-breaking, brick-breaking and demonstrations of tae kwon do forms.

The technical work was often breath-taking, eliciting regular oohs and ahs from the crowd. A man sprinted and flipped over two of his standing colleagues to break boards held far above their heads with his feet at the peak of the flip.

The sparring sessions played out almost like short dramas or ballets. For instance, a boyfriend and girlfriend are assaulted by three toughs in black jackets, and together they send the creeps reeling.

Sometimes the demonstrations were funny, as when the boyfriend who'd had to rely on his girlfriend's fighting skills for protection picked up a stick and popped one of the fallen attackers in the stomach with it.

"I want to show the (North Koreans that the United States) is not missiles all over, not tanks all over," Jung said. "The Midwest, it's beautiful here ... I want to show the real U.S., not the political U.S."

But he also wants to show North Koreans to Americans.

The United States does not have normal diplomatic relations with North Korea. Sporadic negotiations are ongoing, but contact between citizens of the two nations is extremely rare.

Yet Jung's personal crusade to warm the countries' relationship has come full circle.

He was born in 1942 in Ulsan, on the southeast corner of the Korean peninsula. He emigrated to the United States 36 years ago, has trained 4,600 black belts here and owns the New Life Fitness Center.

The 65-year-old has visited North Korea several times and took a delegation of martial arts specialists there in May 2006. In the capital city, Pyongyang, he organized a tae kwon do demonstration that drew a crowd of 2,400.

Though he insists he is a "tae kwon do person, not a political person," he longs for the reunification of Korea and sees the North Korean demonstrations here as an important way to ease the international tension.

The tae kwon do demonstrations drew 4,000 in Los Angeles and 1,000 in San Fransisco, Jung said. Later this week, the team will be in Louisville and Atlanta.

Tomorrow he said they'll cook Korean barbecue at Palisades Kepler State Park west of Mount Vernon.

Kim Hyong Park, the secretary of the Korean Tae Kwon Do Committee in North Korea, was standing back stage before the performance. He was wearing a red pin with former President Kim Il-Sung's picture on it.

He said seven days is not enough time for him to decide what he thinks of the United States, but he said Americans have been very kind.

"We are martial artists," he said. "We came here to show, and to build friendship."

Read more...

Wednesday, November 21, 2007

Kejohanan TKD Tertutup Bwh 12 Tahun

Kejohanan Taekwon-Do Tertutup Bwh 12 Tahun DTA/PNB
akan berlangsung seperti berikut :-

Tarikh : 1hb Disember 2007
Masa : 8.00pg ~ 6.00ptg
Tempat : Pusat Rekreasi, Tgkt 40, Menara PNB, Jalan Tun Razak, KL.
Anjuran: Dins Taekwon-Do Academy

Read more...

Tuesday, November 20, 2007

International ITF Seminar 2007

PTNT telah dijemput untuk menghadiri
Seminar Jurulatih Taekwon-Do Antarabangsa ITF 2007
.
Tarikh: 14-16 Disember 2007
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC), Ayer Keroh

Kebenaran untuk penyertaan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Eksekutif ITF, Master Ri Yong Son kepada Setiausaha Agung PTNT dan telah mendapat maklum balas dan sokongan positif Master Tan Chek Si, Setiausaha ITFM.

Rombongan jurulatih PTNT akan diketuai oleh En.Najmi Abdullah. Seminar ini akan dihadiri oleh Grandmaster Leong Wai Meng, Timb.Presiden ITF .

-Setiausaha Agung PTNT-


Read more...

Monday, November 19, 2007

Taekwon !

Taekwon ...

House Of Taekwondo mengucapkan selamat datang kepada pelawat laman ini. Tkdhouse akan menjadi platform percubaan dengan cara penyambungan laman www.taekwondo-terengganu.com dan www.itf-terengganu.com serta menjadi pengganti seksyen BERITA [NEWS] yang sedia ada.
-webmaster-

Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP