Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 25, 2009

Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2009

Terengganu : 4 Emas (+1 Teknik Khas) - 2 Perak - 7 Gangsa

Nasree Najmi muncul pemenang emas terbanyak kejohanan dengan kutipan peribadi 3 Emas dan 2 Gangsa. Dua lagi emas kontinjen disumbang oleh peserta veteran Hj.Saiful Ashari dalam acara Pattern 4th Degree dan Nor Raidah dalam acara Middleweight Free Sparring.




Kedah dicabar hebat Terengganu
Oleh TAUFEK RAZAK
sukan@utusan.com.my

SHAH ALAM - Kedah yang sedang memburu kejuaraan keenam berturut-turut dicabar hebat Terengganu pada hari pertama berlangsungnya Kejohanan Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) di sini, semalam.

Sehingga lewat petang semalam, Kedah berjaya memungut lima pingat emas manakala Terengganu empat, kesemuanya menerusi acara seni pelbagai kategori.

Pengurus Terengganu, Najmi Abdullah berkata, pihaknya berharap dapat menyekat penguasaan Kedah buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.

"Memang Terengganu tidak kuat dalam acara seni ini tetapi dengan berjaya merapati Kedah, kami mempunyai peluang untuk menyekat mereka.

"Ini kerana kekuatan dalam acara tempur adalah seimbang. Jadi hari terakhir esok (hari ini) akan menjadi penentu," katanya.

Bagi pengurus Kedah, N. Nandakumar, beliau memang mengakui tentangan sengit yang diberikan Terengganu kali ini tetapi percaya pasukannya masih di landasan untuk muncul juara buat kali keenam.

"Kami letak sasaran untuk meraih lapan emas tahun ini dan perlukan tiga lagi yang saya rasa cukup untuk muncul juara keseluruhan," katanya.

Hari terakhir saingan hari ini acara tempur akan berlangsung membabitkan pelbagai kategori.

Kejohanan Taekwondo MGTF Ke-10 dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.




Kedah ungguli taekwondo MGTF

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
sukan@utusan.com.my

SHAH ALAM - Hasrat Kedah untuk menjuarai lima tahun berturut-turut pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan tercapai apabila diumumkan johan keseluruhan pada Kejohanan Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) yang berakhir di sini, semalam.

Kedah membolot 10 emas, empat (perak) dan dua (gangsa) untuk melayakkan mereka membawa pulang piala pusingan Sultan Mizan Zainal Abidin bagi dua tahun berturut-turut.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Presiden MGTF, Amir Mohd. Noor.

Kejayaan itu juga menghampakan pasukan Terengganu yang mengekori rapat dengan empat pingat emas berbanding Kedah sudah mengumpul lima emas pada pertandingan kelmarin.

Namun, atlet-atlet tempur dari Pantai Timur itu gagal menambah bilangannya dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pengurus pasukan Kedah, N. Nandakumar berkata, kejuaraan itu bertambah manis kerana sasaran awal yang diletakkan hanya lapan emas dan mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

''Tetapi kita dapat 10 emas iaitu melebihi jangkaan dan ini satu bonus kepada atlet-atlet Kedah.

''Kemenangan ini memang menggembirakan kami kerana usaha dan latihan keras sejak Mac lalu membuahkan hasil," katanya ketika ditemui di lokasi pertandingan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Nandakumar menambah, strateginya sekarang ialah untuk melahirkan lebih ramai atlet taekwondo berkualiti bagi memastikan Kedah mengekalkan kejuaraan pada tahun depan sekali gus menyimpan terus piala pusingan tersebut untuk kali kedua.





















Read more...

Thursday, June 11, 2009

MASUM 2009 Champion


Juara Kategori Welterweight, Nasirewan Najmi mewakili UITM bergambar bersama pemenang. Di sebelah kanan beliau adalah pemenang gangsa En.Jaysuman mewakili UTM (pernah bernaung di bawah pasukan PTNT, kini bernaung di bawah ITF Johor).


Read more...

Thursday, June 4, 2009

Nasree's Ignition

Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP