Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 21, 2010

Syawal & Walimatul Urus

Syawal 1431H menjadi sejarah penting buat dua jurulatih En.Mohd Badri Ubaidillah (3rd Dan) dan Puan Junainah Salimah Abdullah (3rd Dan) yang diijabkabulkan sebagai suami-isteri.

Sambutan Syawal kali ini dilihat istimewa bagi rakan-rakan mempelai, di samping menyambut Hari Raya, kenduri kahwin mempelai ini memudahkan kami bersua muka sesama kami yang hadir di samping meraikan Aidilfitri. Sederhana tetapi indah lagi bermakna.






“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”. [HR Al-Bukhari]


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

 “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]



Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.
 

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:
أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

  SELAMAT PENGANTIN BARU
 "Mat  Yie & Ju"


Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Grand Master Trân Triêu Quân

President Tran Tieu Quan

ITF (yang berpengkalan di Amerika Syarikat) sedang berkabung atas kehilangan presidennya Grand Master Trân Triêu Quân.  GM Trân adalah salah seorang peneraju awal seni taekwon-do di bawah pengasas General Choi Hong Hi dan yang berbakti dalam perkembangan taekwon-do tradisional. 


GM Sabree bersebelahan mendiang GM Trân di Singapura pada 1988
(Sabree's Photopage)


www.tkd-itf.org

It is with great sadness that the ITF inform you all of the tragic death of our President Grand Master TrânTriêu Quân, 9th Degree Black Belt, following the recent earthquake in Haiti. We have just received information from the Trân family regarding the discovery of Grand Master Trân from the rubble of the Hotel Montana in Port-au-Prince, Haiti.

The Trân family will be available to receive condolences at the Centre funéraire du Plateau, 693 Nérée-Tremblay Avenue, Québec, G1N 4R8, on Friday, February 19, from 17h00 pm to 21h00, and on Saturday, February, 20, from 9h00 to 12h00 and from 13h30 to 15h00. On Saturday, a Buddhist religious service will be held at 12h00 and a closing ceremony will take place at 15h00. Another ceremony aiming to honour GM Trân Triêu Quân will be held on Sunday, March 21st, 2010.
Read more...




Read more...

Sunday, January 17, 2010

Kejohanan Seni Bela Diri MSP 2009

Program: Kejohanan Seni Bela Diri MSP 2009
Anjuran: Majlis Sukan Politeknik Malaysia 

Tarikh: 27-31 Disember 2009
Tempat: POLISAS, Kuantan 








Acara penutup tirai tahun 2009 ini disertai oleh Pasukan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu (PSMZA) telah berjaya membawa pulang 2 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.


PSMZA diketuai oleh jurulatih kanan PTNT En. Abdul Rahman Muhammad.  Persiapan kontinjen ini dibantu oleh dua wakil jurulatih PTNT iaitu En. Aizuddin Mah Hussin dan Cik Asiah.


PSMZA kini diterajui oleh salah seorang Ahli Majlis Talipinggang Hitam Senior PTNT iaitu En.Abdul Rahman Muhammad (2nd Degree), bertugas sebagai pensyarah di PSMZA dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana TESL.  





Rahman juga kini giat menjalani latihan peribadi di Pusat Latihan Taekwon-Do & Kickboxing Kemaman. 


Syabas kepada pemenang dan peserta.  




 

Read more...

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP