KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 & PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN 2012
Pada : 24 - 27 Mei 2012
Tempat : Presint 3, Putrajaya
Syabas
pasukan PTNT yang menyepi dari kejohanan MGTF selama 2 tahun. Kali ini
PTNT bergantung pada team veteran yang majoritinya giat berlatih di
Kemaman Do-Jang. Team TRG-V buat masa ini terdiri daripada Hj.Abdul
Hafiz, Hj.Saiful, Faiz, Badri, Shaharbuden, Che Wan Zul, Nasree dan
Nasirewan. Hanya Hj.Saiful, Faiz, Badri, Nasree dan Che Wan sahaja yang
berentap dalam kejohanan ini.
Muka-muka
baru juga dibawa masuk untuk menimba pengalaman dan mengisi kekosongan
tempat. Inisiatif TRG-V ini akan menjadi pemangkin penubuhan kembali
Team Terengganu untuk kejohanan-kejohanan mendatang. Beberapa program
akan diadakan bagi pemilihan atlet bagi tujuan kejohanan yang besar
seperti ini. TRG-V membuktikan usia dan karier tidak dapat menghalang
kejayaan memenangi pingat asalkan latihan yang sesuai dijalankan secara
berterusan. Hasrat PTNT pada masa mendatang adalah melahirkan kembali ahli-ahli taekwon-do yang mampu menguasai acara free sparring dan pattern. Di samping penubuhan TRG-V
lelaki, pasukan TRG-V wanita juga akan diusahakan walaupun usaha ini
dilihat sukar. TRG-V adalah inisiatif Master Najmi dalam membuktikan
bahawa anak didik beliau masih berkeupayaan dalam latihan dan juga
pertandingan. Bentuk latihan khusus bagi memastikan keupayaan ahli-ahli Veteran tidak terlalu luntur juga dititik beratkan.
Kontinjen
Terengganu (dewasa) kali ini mencapai 1 Emas melalui Nasree Najmi dalam
acara Lightweight Free Sparring, 2 Perak melalui Pattern Individu 4th
Dan (Hj.Saiful) dan 3rd Dan (Nasree) dan 3 Gangsa daripada Puteri
(Lightweight), Che Wan Zulkurnain (Middleweight) dan TRG-V Team Free
Sparring. Manakala acara kanak-kanak pula meraih 1 Emas menerusi Nur
Najihah (Free sparring Bwh 9) dan 3 Gangsa menerusi Syamimie (Pattern
dan Free sparring Bwh 9), Mustaqim (Free Sparring Bwh 18) dan Nazreen
(Free Sparring Bwh 9).
PTNT
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai, peserta dan
keluarga pengiring kontijen. PTNT juga mengucapkan tahniah kepada Malaysian Global Taekwon-Do Federation kerana berjaya mendapat ruang dan pengiktirafan daripada Kementerian Belia Dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar & Video boleh dilayari di Galeri Picasa PTNT & Channel Youtube PTNT sebagaimana link pada menu.
Gambar
& video; kredit kepada Puan Normaizaiah Awang (Chief De
Mission), sir Shaharbuden (4th Dan) dan Puan Siti (2nd Dan)