International Instructor Seminar 2007
Bersama peserta Greenland; Lauritz Heillman dan Angutinnguaq Tittussen
Seminar Kejurulatihan Taekwon-Do Antarabangsa 2007 di Melaka pada 14 - 16 Disember 2007 dikendali sendiri oleh Dr.Grandmaster Leong Wai Meng (9th Dan), Naib Presiden ITF . Latihan bertumpu pada fitness, sine-wave motion dalam pattern, tatacara grading, aplikasi 3-step / 1-step sparring, pengenalan 3-step sparring secara solo untuk white-belt dan teknik latihan free-sparring.
Rutin memanas badan dan stretching dilakukan agak kerap setiap kali rehat kerana dewan latihan yang digunakan cepat sejuk. Program ini pula diadakan semasa musim tengkujuh. Seminar ini menguji kesabaran dan ketahanan peserta tanpa mengira tahap Degree/Dan serta umur. Sememangnya untuk menyertai seminar ini seseorang perlu bersedia dengan stamina dan kesihatan yang baik.
Sistem grading dalam seminar ini akan dipertimbangkan untuk diaplikasi dalam setiap grading di bawah PTNT.
0 comments:
Post a Comment