Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 7, 2011

Taekwon-Do dalam Tiang Seri Negara

Tuanku Mizan Lancar Buku 

"Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957"
 

SERI Paduka menerima buku  Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.
SERI Paduka menerima buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Isnin berkenan melancarkan buku "Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957" di Kelab Taman Tasik Perdana Diraja di sini.


Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Laxamana Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan kerabat-kerabat diraja. Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Panel Penasihat penerbitan buku itu Tengku Razaleigh Hamzah serta Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Buku itu, yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd Datin Azizah Mokhzani, memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka sebagai Ketua Negara.

Ia juga menceritakan keperibadian dan liku-liku hidup setiap raja atau sultan yang bersemayam di takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya yang dibacakan Saifuddin, berkata penerbitan buku itu dapat membuka mata dunia bahawa Malaysia memberi sumbangan yang unggul dan unik kepada corak dan amalan demokrasi sedunia di mana Yang di-Pertuan Agong dilantik mengikut pemilihan dan kaedah penggiliran dan bukan semata-mata kerana keturunan sahaja. "Justeru, sistem pentadbiran di negara ini adalah begitu demokratik sekali," katanya.

Najib berkata buku itu yang mengandungi pesona dan keperibadian Yang di-Pertuan Agong itu juga wajar menjadi koleksi setiap agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan korporat agar dapat diakses oleh warga kerja masing-masing, katanya.

"Dengan cara ini kita boleh meningkatkan darjah dan memperkasakan lagi institusi ini yang menjadi identiti negara di samping memperkasakan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Azizah berkata ilham untuk menerbitkan buku itu lahir ketika Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berangkat menziarahi allahyarham suaminya, Datuk Mokhzani Abdul Rahim, yang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Beliau berkata keprihatinan Yang di-Pertuan Agong memberi inspirasi kepadanya untuk menulis buku itu, selain beberapa kisah mengenai Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang dibaca turut menguatkan lagi azamnya.

"Peristiwa dan kisah itu membangkitkan apresiasi saya terhadap peranan Yang di-Pertuan Agong di mana peranan-peranan itu dipengaruhi oleh keperibadian dan latar belakang masing-masing.

"Terfikir saya, sekiranya tidak dibukukan kisah-kisah baginda ini, maka akan lenyaplah sebahagian warisan negara daripada pengetahuan generasi akan datang, malah negara akan kerugian harta intelek yang penting," katanya.

Buku setebal 352 muka surat itu, yang mengandungi 620 foto termasuk foto bersejarah, diterbitkan Arus Intelek Sdn Bhd dan dijual pada harga RM499. 


(sumber : Berita Harian Online & mStar Online)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Gambar-gambar koleksi peribadi Tuanku dan raja-raja termasuk "diperkenan" sebelum  dicetak.

0 comments:

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP