Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 20, 2008

TAEKWONDO : KESAN KESINAMBUNGAN PENGANJURAN SUKMA 2008

DESK OF SECRETARY GENERAL
Hj.Saiful Nizam Ashari
Email: snaco77@gmail.com


TAEKWONDO : KESAN KESINAMBUNGAN PENGANJURAN SUKMA 2008

Salam sejahtera.

Dalam komentar saya yang lepas berkenaan perjalanan acara Taekwondo dalam SUKMA 2008 di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu, saya tidak menjangka hal ini berterusan sehingga Menteri Belia Dan Sukan membuat kenyataan berkenaan status sukan ini untuk SUKMA mendatang.

Kata-kata dan bebelan beberapa pengurus pasukan Taekwondo semasa SUKMA 2008 umpama doa yang dimakbulkan. Seiring itu saya ungkapkan kembali petikan akhbar Harian Metro 18 Julai 2008:-

"‘Apalah daya saya’
Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my

JIKA diikutkan pandangan peribadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (gambar), beliau mahu keutamaan diberikan kepada acara yang bakal dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Tetapi apakan daya, tuntutan daripada pelbagai pihak menyebabkan acara seperti tenis dan taekwando diketepikan, sebaliknya acara bukan Olimpik seperti silambam disenaraikan dalam 25 acara dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka pada 2010.

Selain tenis, sukan pilihan yang turut digugurkan dalam acara Sukma ialah judo, ragbi, kenu, golf, bola tampar dan lawan pedang.

Menurut beliau, ini berikutan ada sukan disifatkan sebagai sukan berunsur budaya (culture sport) seperti silat dan wushu, menyebabkan silambam turut terpilih sebagai acara Sukma.

Malah katanya, bola jaring yang bukannya sukan Olimpik turut dipertandingkan kerana ia adalah sukan wanita dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati jika ia digugurkan.

“Saya setuju jika acara di Sukma dihadkan kepada 25 acara memandangkan Olimpik sebagai sukan terbesar dunia hanya mempunyai 28 acara.

“Sukan Olimpik sepatutnya menjadi keutamaan tetapi banyak yang perlu dipertimbangkan. Kalau pandangan saya sendiri tentulah keutamaan patut diberi kepada acara Olimpik kerana Sukma adalah batu loncatan ke Olimpik,” katanya.

Bagi taekwando yang digugurkan akibat masalah dalaman persatuan sukan terbabit, Ismail Sabri berkata, peluang masih terbuka andai mereka mampu mengakhiri masalah yang masih berlanjutan.

“Kita akan cuba menyelesaikan masalah terbabit,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ekuestrian Malaysia, semalam.

Dalam majlis sama katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut bersetuju untuk menyumbang RM2 juta menerusi Institut Sukan Negara (ISN) untuk pembangunan sukan itu dalam tempoh lima tahun."

Antara sebab yang dinyatakan ialah kegagalan badan-badan Taekwondo berorientasikan sistem WTF untuk bergabung dan bersatu. Penulis seolah-olah kecewa dengan pengguguran acara Taekwondo dan menyifatkan acara-acara yang tidak ada dalam Olimpik yang dimasukkan dalam SUKMA seperti tidak wajar berbanding acara Taekwondo. Umum memahami kata-kata Menteri tersebut adalah bersusur-galurkan kes pembatalan pendaftaran MTA pada suatu ketika dan tatkala MTA dihidupkan kembali ia berhadapan dengan beberapa penubuhan lain seperti MTF dan MTCA. Masing-masing bergelut dalam soal pengiktirafan.

Kegagalan badan-badan ini bersatu sudah tentu memberi kesan dalam penganjuran SUKMA. Barangkali SUKMA 2008 di Terengganu sudah cukup menunjukkan kesengetan dalam mutu pengadilan sehingga ke cacian-cacian pihak tertentu berkenaan "match-fixing" oleh badan yang mengendalikan acara ini. Mungkin juga wujud tindakan boikot beberapa negeri

Adakah kerajaan bersedia memberi ruang kepada badan Taekwon-do kebangsaan di bawah aliran ITF dan GTF untuk mewujudkan acara Taekwon-Do gaya Chang-Hon di dalam SUKMA kelak walaupun ianya tidak ada dalam Olimpik. Sekiranya International Taekwon-Do Federation (ITF) di bawah Korea Utara berjaya melaksanakan memorandum penggabungan ITF dan WTF sehingga wujudnya satu sistem baru Taekwon-Do dalam Olimpik yang mempunyai imej kedua-dua badan tersebut barangkali kerajaan harus menimbangkan pembabitan ITF dan GTF yang ada dalam negara ini demi penyatuan semua. Setidak-tidaknya satu persekutuan yang terdiri daripada Menteri sendiri harus diwujudkan bagi memayungi semua cabang Taekwondo dalam negara ini.



0 comments:

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP