Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 24, 2008

SUKMA 2008 : ENIGMA TAEKWONDO TERENGGANU

SINAR HARIAN
24 Julai 2008
Tajuk: "Berjaya di tempat lawan
"


KUALA TERENGGANU – Selepas berhasrat mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XII dinafikan, dua atlet taekwando negeri ini nekad mewakili negeri lain bagi membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Dua atlet yang dimaksudkan itu ialah Norashikin Mohamad, 17, dan Nasirewan Najmi, 20, yang telah membantu Kelantan meraih pingat gangsa masing-masing menerusi acara finweight (47 kg ke bawah) dan lightweight (67-72 kg).

Menurut Norashikin, meskipun sedih sebab gagal mewakili negeri kelahiran sendiri, dia tetap berasa puas dapat membuktikan keupayaannya meraih pingat berharga itu pada pihak tertentu di negeri ini.

“Saya memang layak mewakili Terengganu tempoh hari, namun akibat taktik kotor yang dimainkan segelintir pihak, peluang yang sepatutnya menjadi milik saya telah diberikan kepada orang lain.

“Apa pun, saya tetap berasa puas sekarang sebab kejayaan meraih pingat gangsa ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan sebenar saya yang telah dinafikan pihak terbabit sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ujar anak kelahiran Binjai Rendah, Marang ini lagi, kejayaan dalam penyertaan sulungnya dalam edisi SUKMA itu telah membakar semangatnya untuk mewakili Terengganu dalam SUKMA XIII di Melaka pula pada 2010 nanti.

Sementara itu, Nasirewan memberitahu, dia cukup kecil hati apabila pihak jawatankuasa pemilihan menggugurkan namanya daripada mewakili Terengganu dalam SUKMA XII baru-baru ini.

“Alasan yang diberikan bukannya sebab saya tidak layak tetapi mereka mahu mengambil atlet luar yang tentunya membawa pulangan komisen lumayan kepada ‘kantung’ kelab mereka," katanya.



SNIPPETS:-
Nasirewan Najmi adalah salah seorang peserta acara Taekwondo Sukma 2008 yang menjawat kerusi Timbalan Setiausaha PTNT (GTF) dan jurulatih. PTNT kini dibimbing oleh bapanya sendiri Master Najmi Abdullah mengucapkan ribuan penghargaan kepada MTA Kelantan dan MTA Terengganu di atas peluang dan kepercayaan yang diberi kepada atlet di bawah PTNT.

Tohmahan bahawa atlet GTF dan ITF tidak layak dalam sistem WTF nyata meleset. Bukan Nasirewan sahaja telah membuktikan bahawa beliau mampu bersaing dalam arena Taekwondo WTF walaupun dipupuk dan diasuh dengan sistem Taekwon-Do Tradisional, tetapi pejuang sebelum beliau seperti abangnya sendiri, Nasree Najmi dan para senior sebelumnya yang melonjakkan nama universiti dengan rekod kecemerlangan yang terpahat dalam beberapa siri kejohanan WTF dan Karate-Do. Peluang harus dibuka dan kerjasama antara badan Taekwondo harus dieratkan. Persoalannya sejauh manakah pihak beraliran WTF sanggup memberi peluang secara konsisten kepada badan-badan di bawah GTF dan ITF? Adakah hanya sewaktu mereka ketandusan pemain atau 'fighter'?


"To be, or not to be...."




  • Rujuk kandungan blog Petaling Jaya Taekwondo Club - adakah ini boleh diterima menjadi kebanggaan Negeri Terengganu tercinta? Inikah produk sebenar Kelab/Akademi yang serius mendabik dada yang hanya mereka sahaja yang layak menjadi nakhoda Taekwondo Terengganu? Tepuk Dada Tanya Iman. Apabila Riya' Menguasai Diri Dan Kezaliman Mengepalai, Kebenaran Dengan Sendirinya Akan Muncul.
  • Rujuk blog Taekwondo Kuantan, luahan senario tidak bersefahaman antara badan Taekwondo dalam negeri Pahang.


From My Desk.
Hj.Saiful Nizam Ashari (4th Dan)




0 comments:

2009

Promoting Traditional Taekwon-Do
free counters

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP